Thursday, October 03, 2013

Pelajar Program Persediaan Universiti

                                             


                          Assalamualaikum dan hai = )



Taknak cerita panjang-panjang. straight to the point okeyy ! Kini saya bergelar pelajar program persediaan universiti sesi 2013/2014. atau dulu dikenali sebagai pelajar " form six " =) masih berada dalam sem 1 lagi. dan saya happy dengan bidang yang saya ceburi sekarang. di sini saya kongsikan serba sedikit gambar saya dan rakan-rakan yang lain =)













Alhamdulillah, saya gembira berada di sini bertemankan sahabat-sahabat yang banyak membantu ! =) Man Jadda Wajadda. kejayaan memerlukan usaha yang tinggi agar saya dapat mengejar cita-cita saya sebagai seorang pendidik. doakan saya ye. =)


Thanks !







Monday, April 15, 2013

My travel in the future =)

Assalamualaikum dan hai =)


Bila cakap pasal "travel" mesti ramai yang terlompat-lompat kan ? heheh ! mana tak nya. pergi ke tempat-tempat yang cantik. kalau dekat sana pun nanti, kita akan belajar budaya baru, makanan baru dan gaya hidup yang baru. except, dorang yang sambung belajar dekat sana atau yang menetap di luar negara. ( haiihhh.. best nya ) teringin  jugak nak belajar dekat overseas ! ahiks =)

ok dari dulu lagi memang teringin sangat nak pergi travel. tapi masih belum berkesempatan =( so sebab tu saya dah plan ke mana saya nak pergi pada masa akan datang. zemangatt tauuu ! hikhik. bab-bab nak jenjalan ni bagi je pada saya, nak ke situ lah, sini lah. hihi. ok ini adalah tempat-tempat yang memang teringin sangatt nak pergi ! cekidauddd .. =)





korea








Italy







Paris






Coliseum 







See ? dasyat kann. hahah. kalau ada duit semua tempat boleh pergi kan. tapi belum ada rezeki lagi. sebab masih banyak lagi komitmen terhadap keluarga dan diri sendiri =) korang tolong lah doakan saya semoga saya cepat-cepat dapat pergi ! kena simpan duit ni. hikhik =) 

hah. saya dah bagi tahu plan untuk masa depan. korang bila lagi ? jangan malu-malu. share aje. so kita boleh bagi and dengar pendapat masing-masing kann. sharing is caring ! cewah, kemain lagi =)


note : dah mula dah mencari maklumat yang penting dekat  google (semangattss) chayokkk ! =)



Thanks.












Tuesday, April 02, 2013

Doa

Assalamualaikum dan hai =)



Kita selalu lalai dan terleka dengan kehidupan duniawi. marilah kita renung-renungkan kembali betapa banyak kita terlupa akan allah s.w.t. kita hanya manusia biasa tidak lepas dari melakukan sebarang kesilapan. tidak akan ada yang sempurna di dunia ini selagi kita bergelar manusia. kerana itu, kita perlu memperbaiki kelemahan diri dan sentiasa ingat kepada-Nya.

Saya ingin berkongsi sedikit doa-doa yang boleh kita amalkan selalu. biasanya kita berdoa bila nak makan dan selepas solat. tapi kita terlupa akan  setiap perbuatan kita ada doa dan maksudnya. semakin kita berdoa, semakin dekat kita dengan allah s.w.t. mari kita amalkan bersama-sama =)


Doa sebelum makan

DOA 1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
DOA 2
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.
DOA 3 (Sekiranya diberi susu)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ
Maksudnya : Ya Allah, berkatilah kami padanya dan tambahkanlah daripadanya.
DOA 4
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.
DOA 5 (Sekiranya terlupa baca bismillah)
بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلِهِ وآخِرِهِ
Maksudnya : Dengan Nama Allah yang memulai segalanya dan mengakhiri segalanya



Doa selepas makan

DOA 1
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberiku makan makanan ini dan memberi rezeki daripadanya tanpa daya dan upaya dariku.
DOA 2
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَ وَسَقَى وَسَوَّغَهُ وَجَعَلَ لَهُ مَخْرَجًا
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberiku makan dan minum dan menghadamnya lalu menjadikan baginya tempat keluar.
DOA 3
الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ وَلاَ مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا
Maksudnya : Sebanyak-banyak pujian bagi Allah pujian yang elok lagi berkat,tiada yang lebih baik, tempat berserah yang paling baik, yang paling kaya daripadaNya iaitu Tuhan kami.
DOA 4
اللَّهُمَّ أَطْعَمْتَ وَأَسْقَيْتَ وَأَغْنَيْتَ وَأَقْنَيْتَ وَهَدَيْتَ وَأَحْيَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا أَعْطَيْتَ
Maksudnya : Ya Allah Engkau telah memberi makan, memberi minum, memberi kekayaan, memberi penyelesaian, memberi hidayat, memberi kehidupan, hanya bagi Engkau pujian di atas apa yang telah Engkau berikan.
DOA 5
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.



Doa sebelum tidur

DOA 1
الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.
DOA 2
اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي عَافَانِيْ فِي جَسَدِي وَرَدَّ عَلَيَّ رُوْحِي وأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat kesihatan pada tubuhku dan mengembalikan kepadaku rohku dan mengizinkan aku untuk mengingatiNya
DOA 3 (Ketika Berbaring)
اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : Ya Allah Engkau Tuhanku, denganMu aku rebahkan sisiku, dan denganMu aku mengangkatnya, sekiranya Engkau memegang diriku maka ampunilah ia, sekiranya Engkau lepaskan ia maka peliharalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba Engkau yang Soleh
DOA 4
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
Maksudnya : Ya Allah aku hadapkan mukaku ini kepada Engkau dan aku serahkan urusanku kepada Engkau dan aku sandarkan belakangku ini kepada Engkau dengan keinginan dan kegerunanku kepada Engkau, tiada pergantunganku dan tempat bergantung kecuali kepada Engkau, aku beriman dengan kitab Engkau yang Engkau turunkan, dan Nabi Engkau yang Engkau utuskan
DOA 5
اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ
Maksudnya : Ya Allah ! Tuhan langit dan bumi, Tuhan arasy yang agung, Tuhan kami, dan Tuhan setiap sesuatu, Yang membelah (Menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan) Yang menurunkan Taurat, dan Furqan (Al-Quran) , aku berlindung denganMu daripada kejahatan setiap sesuatu, Engkau Yang Berkuasa ke atasnya, Ya Allah ! Engkau Yang Pertama tiada sebelum Engkau sesuatu, dan Engkau Yang Terakhir tiada selepas Engkau sesuatu Engkaulah Yang Zahir tiada di atas Engkau sesuatu, dan Engkau Yang Batin tiada sesuatu melainkan Engkau, Langsaikanlah hutang dari kami dan berikan kami kekayaan agar bebas dari kefakiran.
DOA 6
اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ أَشْهَد أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ
Maksudnya : Ya Allah ! Engkau mengetahui yang ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan memilikinya, aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau, aku berlindung denganMu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan daripada usaha diriku untuk melakukan kejahatan atau lindungilah ia ke tempat yang selamat



Doa bangun dari tidur

DOA 1
الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.
DOA 2
اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي عَافَانِيْ فِي جَسَدِي وَرَدَّ عَلَيَّ رُوْحِي وأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat kesihatan pada tubuhku dan mengembalikan kepadaku rohku dan mengizinkan aku untuk mengingatiNya




Doa memakai pakaian

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيْ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku pakaian ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan upaya dariku.


Sunday, March 31, 2013

Farmasi colour cosmetics

Assalamualaikum dan hai =)







Mesti pernah dengar kan farmasi colour cosmetics ? tak payah cakap pon takpe, semua dah pernah dengar and dah pakai pon produk ni kan kan. except, dorang yang memang tak minat make-up langsung. dari semalam duduk mencari-cari tentang FCC ni akhirnya jumpa jugak. Ok. ramai blogger yang dah buat entry pasal produk ni. ramai jugak yang bagi good feedback terhadap keberkesanan produk ni sebab texturenya ringan =D

Ok let's start. FCC ni atau lebih dikenali sebagai farmasi colour cosmetics berasal dari istanbul, turki dan telah bertapak di malaysia selama 5 tahun. halal ? semestinya. FCC telah mendapat 2 sijil halal dari turkey tahu. see, tak perlu ragu-ragu ok.

Serius. saya belum pernah pakai pon produk ni lagi. tapi disebabkan produk ni mendapat sambutan yang hangat, apa salahnya kalau berkongsi kan. saya saja nak buat entry ni sebab nak suggest kan pada korang tentang produk ni sebab banyak produk cosmetic dekat luar yang kita tidak tahu sama ada halal atau tak.






Yang paling terbaru adalah BB Cream. mempunyai 2 jenis iaitu, med dark dan light. korang boleh pilih mana yang bersesuaian dengan tona kulit korang. ok, dapatkan dengan segera produk ni. korang boleh pergi dekat facebook dorang sendiri. pakai dan lihat keberkesanannya. =)


Thanks !


Saturday, March 30, 2013

3 perkara yang anda perlu tahu

Assalamualaikum dan hai =)


Saya masih baru dalam dunia blogger ni. masih belum banyak pengalaman lagi. kalau korang nak bagi idea, kongsi pengalaman atau apa-apa sahaja yang nak dikongsi, dialu-alukan. InsyaAllah dengan cara macam ni kita boleh merapatkan lagi ukhuwah sesama manusia. 

1. Siapa pemilik blog ni ?

Nama diberi Nur iffah atiqah, puteri kepada En. Hassan bin sulaiman dan Puan Noreisha bt hj jalaludin a.k.a ibu dan ayah. masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari. dilahirkan di melaka bandar teknologi hijau (nak jugak) berumur 18 tahun.

2. apa tema blog ni ?

Ok saya tidak meletakkan apa-apa syarat dekat blog ni. saya suka berkongsi apa yang telah saya lalui dan kehidupan semasa. kalau saya ada apa-apa cerita yang nak dikongsikan bersama korang semua, saya akan tulis. tak kira lah dari segi aspek apa pon. yang penting apa yang saya tulis adalah umum. semua peringkat usia boleh membacanya. saya tidak akan menulis sesuatu yang menyentuh hati dan perasaan seseorang.

3. best ke blog ni ?

Itu terserah kepada korang semua. korang yang membaca dan korang yang menilai. kalau korang suka sila like dan follow ok ! jika ada apa-apa pendapat atau cadangan just coment ok. saya mengalu-alukan kedatangan anda untuk singgah dan membaca entry di blog ini.



Nota : maaf kalau ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan korang ke. saya manusia biasa, selalu melakukan kesilapan. singgah2 lah di blog ini ok ! =)


Thanks !